Maklumat am Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_2010

ABPBH 2010 dilancarkan pada 23 November 2010, apabila diumumkan bahawa kira-kira 600 orang seniman telah disenaraikan sebagai calon awal untuk 16 kategori dalam borang undian untuk diisi oleh pembaca Berita Harian sebelum 30 Disember.[3]Pusingan kedua undian ABP 2010 bermula dengan pengumuman calon-calon 5 Teratas untuk setiap kategori pada 12 Januari 2011, diikuti oleh penyiaran borang pencalonan akhir dan talian mengundi secara SMS untuk para pembaca memilih seniman kegemaran mereka pada 17 Januari hingga 13 Mac 2011.[4][5]

Sementara itu, penganjur ABPBH tidak lupa mengadakan Jelajah ABP untuk mempromosikan acara penganugerahan ini sambil mengadakan pertandingan pencarian bakat "Bintang Idola Berita Harian" di SACC Mall, Shah Alam (19 dan 20 Februari), Kuantan Parade (26 dan 27 Februari), The Mall, Kuala Lumpur (5 dan 6 Mac), Village Mall, Sungai Petani (11 dan 12 Mac), Kompleks Pasir Gudang (19 dan 20 Mac) dan Klang Parade (25–27 Mac).[6] Hasil jelajah ini, mereka mencari juaras Bintang Idola, iaitu Mohd Azhar Osman yang turut menjadi salah seorang penyampai di majlis ABP 2010.[7]

Anugerah Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam, membawa pulang hadiah bernilai RM 310 ribu, termasuk kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM 133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM 180,000.[2]